Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Umno cetus budaya takut pancing undi Melayu


KUALA LUMPUR, 29 April — Idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang dibawa Utusan Malaysia adalah satu petanda jelas Umno sanggup melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina untuk mendapatkan undi masyarakat itu di kawasan-kawasan luar bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Anwar mendakwa Umno mewujudkan “budaya takut” dengan memberi gambaran salah kononnya kaum Cina mahu menguasai asas politik daripada orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini, bagi tujuan memperoleh undi maksimum menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memperakui dan mengesahkan pendirian Melayu ultra yang semakin meningkat di pihak Umno, meskipun Perdana Menteri menolak idea “1Melayu, 1Bumi” atas alasan ia pandangan peribadi editor Utusan.
“Umno menggunakan budaya takut dalam mewujudkan ilusi permusuhan ini dalam bentuk orang Cina... jadi orang Melayu perlu bergantung pada Umno. Jika yang ini berlaku, saya melihat orang Melayu digantung oleh Umno,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif diadakan Rabu lalu.
Anwar, Ketua Umum PKR berkata Umno menerusi Utusan telah menyalah tafsir kaum Cina sebagai oportunis politik dan ia satu kedudukan agresif ekoran asas sokongan kepada parti Melayu yang semakin terhakis selain gagal dalam menangani isu-isu nasional.
“Umno akan sentiasa mencetuskan musuh sama ada di luar ataupun dalam negara... ini menunjukkan hipokrasi Najib dan pentadbirannya dalam usaha cuba menonjolkan ia sebagai suara bebas, moderat.
“Saya tidak pernah menerima andaian bahawa Utusan atau Umno benar-benar serius atau tulen dalam usaha mereka mempertahankan orang Melayu, ia usaha terdesak untuk mendapatkan sokongan,” kata Ketua Pembangkang di Parlimen ini.
Bekas timbalan perdana menteri ini berkata Umno telah diberi separuh abad untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu tetapi mereka hanya melindungi anggota keluarga, kroni,” katanya lagi.
Anwar juga berkata Najib telah melepas tangan dalam isu Utusan yang bertindak sebagai Melayu ultra.
Katanya, Najib sebagai presiden Umno ada suara secara langsung ke atas pendirian editorial yang diambil oleh Utusan, yang dimiliki Umno.
“Utusan terletak di bawah kawalan langsung presiden Umno... saya tahu perkara ini kerana media diselaras secara tidak langsung menerusi pejabat perdana menteri dan presiden Umno ada kawalan langsung.
“Untuk mengatakan ini langkah Utusan dan beliau komited kepada gagasan 1 Malaysia adalah hipokrisi kerana sepanjang sejarah Umno, presiden ada suara dalam berita-berita (disiarkan) Utusan,” kata pemimpin berusia 63 tahun ini.
Utusan melemparkan serangan ke atas DAP sejak pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu sambil mendakwa parti komponen Pakatan Rakyat itu menggunakan sentimen-sentimen perkauman untuk memperoleh undi komuniti Cina.
Minggu lalu, akhbar itu mengesyorkan idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang turut disahut oleh Perkasa.
Perkasa akan melancarkannya di Alor Setar, esok.
Anwar berkata tidak salah bagi mana-mana pergerakan Mealyu memberi tumpuan untuk memperbaiki keadaan ekonomi komunitinya, tetapi mengingatkan pergerakan sedemikian seharusnya mengutamakan majoriti Melayu dan Bumiputera yang masih miskin dan ia harus berasaskan “keperluan.”
“Kita mesti mengakui bahawa majoriti rakyat Malaysia yang miskin adalah orang Melayu dan Bumiputera.
“Dan, kita tidak boleh mengabaikan keadaan ini, banyak yang perlu dilakukan, tetapi pada masa yang sama, kita mesti tegas dalam dasar-dasar kita untuk mengadakan program tindakan afirmatif berasaskan keperluan,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :