Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Noh Omar perlu ‘cermin diri’ dulu


SHAH ALAM: Kelab penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC) meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, ‘mencermin diri’ dulu sebelum menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.
Presiden MBSC, Khairul Anuar Othman  berkata, amaran keras turut diberikan kepada Menteri Pertanian, Industri dan asas Tani itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengarut, jika tidak mahu kes-kes salah laku pimpinan Umno sewaktu mentadbir Selangor, dibongkar.
“MBSC memberi amaran kepada Noh Omar supaya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan kerana Menteri Besar dan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sekarang mempunyai banyak kes salah laku kerajaan terdahulu semasa mereka mentadbir Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.
Khairul dalam masa yang menegaskan  kesetiaan dan keteguhan MBSC berdiri di belakang kepimpinan Khalid Ibrahim.
Media semalam mengeluarkan berita desakan Noh Omar supaya Khalid meletak jawatan kononnya berhubung lantikan kroni dalam Yayasan Selangor. Khalid bagaimanapun telah memecat kakitangan tersebut.
Menjawab Noh Omar, MBSC percaya kredibiliti Khalid Ibrahim tidak tergugat malah yakin rakyat Selangor tetap menyokong kepimpinan beliau.
“Kredibiliti Menteri Besar tidak tercalar dengan apa berlaku, malah rakyat Selangor menyokong penuh kempimpinan Menteri Besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik berbanding pimpinan Umno lalu sewaktu memimpin Selangor,” katanya.

0 Komen pengunjong :