Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dakwaan Pakatan tak releven bukti Puteri Umno tandus hujah

KUALA LUMPUR: Kenyataan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang menasihati pengundi Sabah dan Sarawak supaya menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang membuktikan sayap parti Umno itu sudah ketandusan hujah.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Rosnah, rakyat perlu menolak Pakatan berdasarkan sambutan yang diterima BN pada pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini disifatkan tidak berasas.
Beliau turut menyatakan atas dasar apa Rosnah berkata demikian memandangkan Pakatan memenangi lebih banyak kerusi PRK berbanding BN selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.
“Tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Rosnah itu adalah mainan politik BN tanpa mengambil kira hujah. Sekiranya beliau mempersoalkan releven atau tidak, saya juga ingin mendapatkan ciri-ciri dan juga kriteria tertentu bahawa BN sebuah parti yang releven untuk rakyat Malaysia,” ujar Siti Aisyah ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Tambahnya lagi, Rosnah sepatutnya terlebih dahulu menilai gerakan Puteri Umno samada masih releven atau tidak sebagai sayap parti Umno dan sumbangan yang diberikan terutamanya kepada generasi muda.
“Suara anak muda sekarang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) contohnya semasa konvensyen Sabah dan Sarawak dan Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional ke-2 baru-baru ini.
“Sambutan terhadap perjuangan PR mendapat tempat berbanding BN yang masih ditakuk lama dan perlu sedar kebangkitan golongan muda tanpa melulu mengatakan pakatan tidak releven,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan kenyataan Rosnah itu seperti membelakangkan kebijaksanaan pengundi di Sabah dan Sarawak yang kini bangkit menolak rasuah dan salahgunakuasa yang dilakukan BN.
“BN sendiri terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan seperti rasuah dan penyelewengan serta beberapa masalah dalamannya yang lain. Jangan mahu perbodohkan mereka kerana rakyat di sana lebih bijak menentukan siapa pemimpin mereka,” katanya.

0 Komen pengunjong :