Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS setuju Nik Aziz dialog dengan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)  sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.


Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk  mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.

"Sebenarnya tindakan  Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS  membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala  tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.

0 Komen pengunjong :