Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerajaan Selangor akan bantu Shuhaimi Shafie

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafie semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.
Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?
Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.
Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan Rakyat yang lain,  menyokong dalam sidang Dewan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan  Perlembagaan Negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri.

Sebaliknya, kesemua ADUN UMNO/BN pula menolak pindaan ini yang sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang  tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka.

Rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.
Dalam kes Shuhaimi (gambar kiri), Kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.  Kerajaan Negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

*Kenyataan media dari sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.

0 Komen pengunjong :