Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib wajar sambut tawaran Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua untuk berdebat berkaitan isu Buku Jingga wajar disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini bagi memberikan ruang pertimbangan yang sama rata kepada rakyat dalam menilai hujah oleh kedua-dua pihak.
Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Zaki Sukery  berkata, golongan mahasiswa kampus di seluruh negara memang ternanti-nanti penganjuran debat kerana ia merupakan salah satu wasilah berkesan dalam mematangkan tawaran pimpinan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila berbicara soal pengurusan negara.
Katanya, Ia juga dilihat bakal memperluas pandang sisi mahasiswa dalam menilai kualiti dan kompetensi kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.
Hal ini, ujarnya disebabkan oleh mahasiswa merupakan pewaris masa depan negara dan penentu kepada pimpinan sekarang berdasarkan komposisi mereka yang termasuk dalam golongan pengundi muda, kelompok yang membentuk 4.6 juta daftar pemilih atau hampir 50 % daripada jumlah pengundi keseluruhan.
Beliau turut menegaskan bahawa debat juga tidak patut dilihat sebagai unsur pemecah belah kerana ia merupakan salah satu aktiviti ilmiah di alam kampus, bahkan turut dijadikan bentuk pertandingan domestik atau antarabangsa.
Tambahan pula, katanya banyak negara maju turut mengamalkan konsep debat dalam usaha menyakinkan rakyat kepada tawaran masing-masing, contohnya seperti dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama dan John McCain.
Tambah beliau lagi, beberapa pertikaian kepada Buku Jingga seperti yang dimuatkan di dalam media perdana ialah bersifat pramatang dan tidak berasas kerana ia tidak bersandarkan hujah yang konkrit dan hanya berlandaskan rasa curiga semata-mata.
“Maka, sewajarnya tawaran debat diterima bagi membumikan nilai politik Malaysia dengan pendekatan intelektual dan ilmiah, berbanding pendekatan emosional dan fitnah,” ujarnya.
Beliau juga menyokong penuh saranan awal Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Mohd Hassan bahawa, Gamis turut bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ di dalam penganjuran debat itu jika perlu.
Ini kerana ia merupakan satu entiti mahasiswa yang terbesar di kampus, mengandungi kira-kira 5,000 orang ahli berdaftar dan tidak mewakili kepentingan mana-mana parti politik.

0 Komen pengunjong :