Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wikileaks : PKR Mulakan Usaha Dapatkan Maklumat Sah




KUALA LUMPUR 14 DIS : Parti Keadilan Rakyat akan memulakan usaha mendapatkan kabel diplomatik berhubung Malaysia dari sumber-sumber sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, media antarabangsa dan Wikileaks sendiri, bagi mematahkan serangan Umno-Barisan Nasional.
TV Selangor difahamkan Ahli Parlimen Batu Tian Chua ke Kedutaan Singapura petang ini, bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata Utusan Malaysia menyiarkan laporan berunsur fitnah kononnya berdasarkan laporan asal media Australia mengenai kabel diplomatik yang dibocorkan Wikileaks.
Utusan Malaysia mendakwa kabel bocor itu adalah milik seorang diplomat Singapura. Utusan Malaysia melaporkan diplomat itu mengesyaki Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan sodomi, yang kini dibicarakan di mahkamah.
Namun menurut Saifuddin, kabel diplomatik melibatkan Malaysa yang disiarkan di Wikileaks setakat ini hanya catatan pertemuan dengan pegawai-pegawai Bank Negara.
TV Selangor difahamkan Wikileaks belum menyiarkan kabel diplomatik sepenuhnya.
"Kami akan memulakan usaha mendapatkan kabel-kabel diplomatik berhubung Malaysia dari sumber-sumber sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri, untuk dinilai secara adil oleh rakyat Malaysia," tegas Saifuddin di sidang akhbar di Parlimen hari ini.

0 Komen pengunjong :