Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Utusan Malaysia Tidak Patriotik - Anti-Nasional

ZK3Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini berkenaan pendedahan WikiLeaks benar-benar amat mendukacitakan. Hebahan besar-besaran oleh Utusan ini secara tidak langsung telah memalukan negara dan mendedahkan kelemahan negara di serata dunia.
Sebagai media, Utusan harus bersama memainkan peranan menjaga martabat dan memelihara maruah negara apabila kabel perisikan WikiLeaks turut mengaitkan PM Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Sharibuuu, dan turut memandang rendah kepada kerajaan Umno-Barisan anti-nasional sebagai tidak kompeten.
Saya pelik, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno-Barisan anti-nasional yang mengeluarkan kenyataan sama ada mahu mempertahankan maruah negara atau menyangkal dakwaan ini sedangkan selama ini mereka bersungguh-sungguh mengakui kononnya merekalah juara rakyat.
Maka, saya mencabar pemimpin Umno-Barisan anti-nasional dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang jelas telah bersikap anti-nasional dalam kenyataan mereka baru-baru ini agar bersama saya bersetuju bahawa Utusan sebenarnya tidak patriotik dan juga media yang anti nasional.
Tindakan Utusan ini juga jelas telah mencabuli etika dan melanggar kontrak janji kewartawanan apabila sentiasa bersikap fitnah dan berat sebelah di dalam laporannya dan membuktikan bahawa Utusan sebenarnya hanya berfungsi sebagai aparat (apparatus) kepada pemerintahan Umno-Barisan anti-nasional semata-mata.

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
merangkap Ketua Wanita KEADILAN

0 Komen pengunjong :