SHAH ALAM 9 DIS : Profesor Dr Abdul Aziz Bari sedih dengan tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak menghayati semangat perlembagaan negara dalam menjalankan tugasnya yang dilihat berat sebelah khususnya dalam mengendalikan kes penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Dr Aziz Bari yang juga pakar Undang-Undang Perlembagaan mempertikaikan keputusan Pandikar Amin Mulia semalam yang menolak usul berhubung keputusan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap Anwar dalam isu APCO yang di bawa oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali.
Minggu lalu media melaporkan jawatankuasa terbabit tidak mahu mendengar sebarang keterangan dari Anwar, dan mana-mana saksi yang jelas menafikan hak Anwar untuk membela diri.
Jawatankuasa itu dilaporkan akan mengadili dan menghukum nasib pemimpin reformasi ini berdasarkan kepada surat penjelasan bertarikh 19 Ogos dari firma perunding, Apco Worldwide, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan elemen Israel-Zionis.
"Jadi nampak sangat semacam keinginan untuk mengeluarkan dia dari Parlimen,jadi seolah-olah lengkap lah apa yang berlaku di Parlimen dan di mahkamah , jadi ini sesuatu perkara yang menyedihkanlah,kalau ditempat lain kita tengok ketua pembangkang diberikan kedudukan yang sama dengan ketua kerajaan walau tidak pun tidak disusahkan semacam ini, " jelas Dr Aziz ketika dihubungi oleh TV Selangor.
"Walaupun kita perkatakan bertentangan dengan semangat perlembagaan pun boleh walaupun tidak disebut jadi jika dalam negara yang faham perlembagaan tidak begitu," katanya.
Menurut Dr Aziz Bari tugas Speaker perlu kembali kepada peranan sebenarnya dan bukan hanya menjadi agen kepada parti pemerintah.
" Speaker sepatutnya tidak boleh seolah-olah menjadi seperti agen ataupun orang suruhan parti pemerintah,speaker sepatutnya menjadi orang tengah dan dihormati dan bukan berat sebelah seperti itu," katanya.
Dr Aziz menambah keadaan itu berbeza amalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom kerana fungsi speaker tidak hanya memihak kepada parti pemerintah sahaja.
" Di US dan UK , Speaker tidak sebegitu walaupun speaker mewakili parti pemerintah dia tidak sepatutnya berfungsi seperti ahli parlimen berkenaan, " ujar Aziz lagi.
0 Komen pengunjong :