KUALA LUMPUR 8 DIS: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dibidas kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.
"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," Azmin berkata demikian ketika meminta penjelasan dari Speaker Pandikar mengapa usulnya berhubung tindakan jawatankuasa itu ditolak.
Tambah Azmin, jawatankuasa tidak patut membuat keputusan tanpa memanggil saksi, melihat bukti dan dokumen berkaitan.
Pandikar bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan.
Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.
Kenyataan Pandikar bagaimanapun mengundang kritikan keras.
"Bagaimana jawatankuasa boleh mengatakan bukti dan saksi yang akan dipanggil tidak berkaitan tanpa melihat atau mendengarnya terlebih dahulu?" Azmin.
Dalam perkembangan yang sama, Speaker sekali lagi dibidas kerana enggan berundur dan memberi laluan kepada Timbalannya untuk mendengar hujah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh berkata Pandikar tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," ujar Karpal.
Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian. Speaker yang terkedu mendengar hujah dari Karpal bagaimanapun dibela dan dipertahankan sehabis mungkin oleh keriuhan dari wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.
0 Komen pengunjong :