Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Salahlaku Ketua Hakim Negara ,Karpal Diusir Keluar Dewan




KUALA LUMPUR 14 DIS : Pengerusi DAP Karpal Singh diusir keluar daripada Parlimen apabila cuba membentangkan usul untuk membahaskan pembabitan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam rasuah.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Karpal untuk meninggalkan dewan kerana enggan mengikut arahan beliau tidak membahaskan usul itu.
Namun Karpal menegaskan usul itu amat penting kerana Zaki sendiri mengaku menyogok pegawai-pegawai mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada tahun1987.
Meskipun amalan itu  melanggar Seksyen 7(8) Kod Etika Hakim 2009, kerajaan Umno-Barisan Nasional membenarkan Zaki untuk terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara.
Satu surat aduan dan peringatan dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor diserahkan kepada Tun Zaki, Ketua Hakim Negara itu enggan menjawabnya.
Karpal berkata Ketua Hakim Negara setakat ini enggan memberikan penjelasan atas tindakanya itu walaupun diberikan peringatan rasmi awal bulan ini.
“Ketua Hakim Negara gagal membalas aduan saya, dan juga surat peringatan bertarikh 1 Disember 2010, dimana beliau enggan menjawapnya," kata Karpal.
"Perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum perlu disegerakan, saya memohon usul saya dibincangkan," tegas Karpal sebelum diusir keluar dari Parlimen.
Minggu lalu, Speaker Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan sama terhadap enam ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mahu mengusulkan perbahasan atas tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menghukum Anwar Ibrahim tanpa memberinya peluang membela diri.

Anwar digantung enam bulan oleh Jawatankuasa itu setelah beliau mengemukakan bukti di Parlimen mengenai tindakan Umno-BN mengupah Apco WorldWide, sebuah syarikat pro-zionis.
Anwar menunjukkan contoh-contoh jelas antara konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Razak dan slogan 1Israel yang pernah digunakan oleh rejim Zionis.
Tun Zaki sebelum ini mengakui terlibat dalam perbuatan rasuah, dengan memberi suapan kepada pegawai-pegawai mahkamah semasa beramal sebagai peguam pada 1987.
Meskipun melanggar Seksyen 7(8) Kod Etika Hakim 2009, pemerintah bagaimanapun membenarkan beliau terus memangku jawatan penguasa undang-undang tertinggi negara itu.

0 Komen pengunjong :