Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Miskin Tegar Hapus, Menteri Guna Ukuran Mana




SHAH ALAM 24 DIS : Pengisytiharan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa tiada lagi golongan miskin tegar di kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur dipersoalkan oleh pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud mahu Raja Nong Chik menjelaskan garis panduan dan ukuran yang digunakan beliau dalam mengenalpasti golongan miskin tegar ini.

Ini kerana realitinya, peningkatan kos yang berlipatganda di kawasan bandar telah memperbanyakkan lagi golongan miskin kota dan sepatutnya satu tanda aras  jelas perlu bagi memastikan mereka yang kesempitan hidup di kota besar khususnya Kuala Lumpur.

"Berdasarkan apa yang ada di depan mata kitalah, kos hidup menaik, dari segi sewa, kos pengangkutan, dari segi makanan semua terus meningkat. Jadi bagaimana dikatakan kos kemiskinan itu terhapus,? soalnya.

Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Raja Nong Chik berkata, selain dari golongan miskin tegar terhapus, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

Calon Setiausaha Agung MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid turut mempersoal tanda aras yang digunakan oleh kerajaan pusat dalam menentukan golongan miskin bandar.

Menurut beliau, sepatutnya tanda aras golongan miskin tegar bandar adalah RM750 sebulan di bandar besar dan bukan sama seperti di luar bandar.

"Sekarang ni kadar kemiskinan tegar adalah di bawah paras RM750 di bandar. Kalau samakan bandar RM750, dengan kadar sewa rumah RM300, dengan empat orang anak, tak jadi papa kedana orang itu," katanya.

Beliau kemudian memberi contoh golongan yang terjejas teruk dengan hal ini dan melabel 'pengisytiharan' Raja Nong Chik itu sebagai retorik politik Umno semata.

"Setahu kita rakyat miskin bandar sebagai contoh guru KAFA, Guru KAFA gaji dia RM 550, duduk di Kuala Lumpur. Kalau kita ambil sudut pekerja kilang di sempadan kuala lumpur, bagitau saya satu syarikat yang gaji minimum pekerja (bawahan)nya lebih dari RM 700? Ini semua adalah propaganda retorik bicara dipanggil," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

2 comments :

  1. Raja Nong Chik ni sejak jadi Menteri WP betul-betul jadi tukang lawak dan tukang karut.Dialah yang nak hapuskan kampong-kampong tradisional Melayu disekitar Kuala Lumpur termasuk Kampong Baru.SiBangang ni fahamke apa maksud "kemiskinan" dan tahuke ukuran taraf kemiskinan.Kalau kita lihat dalam akhbar-akhbar harian melambak kisah dan cerita orang miskin diLembah Kelang.Dikawasan WP ni UMNO cuma ada kerusi satu sahaja,diSetiawangsa.Yang lain semua dimenangi oleh Pakatan Rakyat.Nampaknya dengan adanya Menteri Bangang ni,pada PRU akan datang PR akan sapu bersih WP.

    ReplyDelete
  2. @Anonymous..... begitulah minda menteri Umno/BN. Berbohong dah menjadi pekara biasa kepada mereka, asalkan apa yang dicakapkan boleh mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete