Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Shamsul Iskandar: Anjakan baru apa yang disaran oleh Asri?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin mengulas kenyataan terbaru Mohd Asri Zainul Abidin melalui blog beliau semalam di bawah entri "Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru".
Kenyataan beliau yang mencadangkan agar Anwar Ibrahim (gambar kanan) bersara daripada politik, kononnya kerana "rentak tari politik yang makin tidak seimbang", adalah satu kenyataan yang pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.
Apakah beliau lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat ialah melalui Anwar?  Apakah beliau tidak sedar bahawa berlakunya impak kepada UMNO-BN di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Anwar?
AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinan beliau yang jelas berjaya memperkukuh Pakatan Rakyat di sebalik pelbagai usaha UMNO-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat.
Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada UMNO-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Anwar dan kesepakatan kepimpinan KEADILAN-PAS-DAP di bawah panji Pakatan Rakyat.
Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Asri (gambar kiri) menyarankan agar UMNO-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Anwar.
AMK (Ketua AMK, Shamsul Iskandar, gambar kanan) berminat untuk menyarankan agar Asri menasihati idola beliau, Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bahawa hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman UMNO-BN kepada rakyat.
Jika ini gagal dilakukan Asri, terbuktilah kenyataan Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh UMNO-BN.  AMK mendoakan agar Asri terhindar daripada diperguna oleh UMNO-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak UMNO-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, kini calon untuk mempertahankan jawatan ini.

0 Komen pengunjong :