SHAH ALAM 15 NOV : Tindakan Angkatan Relawan Rakyat (RELA) Pahang mensasarkan jumlah keanggotaannya kepada 180,000 anggota menjelang akhir tahun ini, menimbulkan spekulasi bahawa Umno takut dan gerun jika majoriti peneroka FELDA di Pahang tidak lagi memilih mereka. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa mengganggap kerjasama baik Pakatan Rakyat cuba menembusi tembok FELDA yang menjadi simpanan tetap(fixed deposit) kepada parti pemerintah dalam setiap pilihan raya umum. Pelbagai usaha oleh rakan-rakan di Pakatan Rakyat memberikan kesedaran dan ini memberi ketakukan yang sangat menggerunkan kepada Umno jika majoriti FELDA mengundi Pakatan Rakyat.
Pendedahan mengenai masalah penduduk FELDA terutamanya mengenai kelemahan pengurusan FELDA Holdings dan penindasan ke atas peneroka memberi kesedaran baru kepada mereka bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) tidak menjaga kebajikan mereka.
"Dengan pelbagai kes yang berlaku, kesedaran generasi kedua, rakyat sedar masyarakat FELDA dipermainkan kerajaan pusat terutamanya FELDA itu sendiri dikuasai kerajaan pusat," katanya lagi.
FELDA mempunyai hampir sejuta pengundi terdiri dari peneroka dan keluarga mereka dan menjadi sumber kemenangan BN di kawasan luar bandar.
Laporan Bernama menyebut Pengarah RELA Pahang Kolonel Razali giat mengadakan promosi dan kempen untuk menambah keanggotaan di negeri itu.
Menurut Razali, pihaknya sedang berusaha keras menjalankan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menambah keanggotaan pasukan itu di Pahang yang ketika ini berjumlah 150,000 dengan pelbagai insentif dan penambahan elaun.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang (MPN) Datuk Fauzi Abdul Rahman pula secara sinis dan retorik bertanya tindakan ini memandangkan Pahang secara khusus dan negara secara umumnya adalah tempat yang aman.
"Persoalannya apa yang mereka takutkan sangat hingga 180 ribu RELA? atau nak bagi elaun undi pos? 180 ribu nak jaga siapa? musuh kita bukan di hutan. Musuh kita orang dalam pemerintahan yang menyeleweng, rasuah itu musuh besar kita sekarang," kata Fauzi.
Fauzi juga menganggap tindakan menambah keanggotaan RELA sebagai bersikap militan dan tidak sesuai dengan amalan demokrasi negara Malaysia.
"Perkara sebegini akan mendorong masyarakat guna keganasan. Jangan kita jadi Sri Lanka, Burma, contoh kes Aung San Suu Kyi. Kalau macam tu lebih baik kita bagi semua orang undi pos saja. senang. buat lah apa nak buat," katanya.
0 Komen pengunjong :