Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PM hilang kepercayaan kepada menterinya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dilihat seperti hilang kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menterinya apabila mewakilkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan majlis-majlis rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh beliau.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan protokal biasa, malah jelas menunjukkan sikap sebenar Najib terhadap timbalannya dan menteri-menterinya yang lain yang sanggup mengubah peraturan sesuka hati walaupun bertentangan dengan amalan biasa dalam kerajaan.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mengikut peraturan, jika perdana menteri tidak dapat hadir ke sesuatu majlis rasmi yang dijadualkan untuknya, ia mestilah diwakilkan kepada timbalannya. Jika tidak timbalannya pun, mestilah diwakilkan kepada menteri-menterinya yang lain yang berkenaan. (Gambar: Keratan akhbar yang menunjukkan Rosmah ketika mewakili PM di majlis Deepavali)

“Jika tidak diwakilkan kepada menteri-menteri yang berkenaan, mestilah kepada timbalan-timbalan menteri. Jika tidak timbalan menteri, mestilah diwakilkan kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti ketua setiausaha dan ketua pengarah.

“Itulah yang sepatutnya dilakukan. Bukannya mewakilkan kepada ahli keluarga bagi menghadiri atau merasmikan program-program yang rasmi. Tetapi dengan apa yang berlaku, ia jelas menunjukkan keadaan luar biasa yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Rosmah yang mewakili Perdana Menteri dalam majlis  Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox (cacar air) dan diminta berehat oleh doktor selepas pulang dari Vietnam.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Hatta berkata, jika Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis itu, jika tidak diwakilkan kepada timbalan perdana menteri atau menteri berkenaan seperti Datuk Seri Rais Yatim.

Tetapi pada majlis itu, keadaan seperti itu tidak berlaku, sehingga menyebabkan pelbagai pihak hairan dengan kejadian itu.

“Tindakan perdana menteri mewakilkan kepada isterinya bagi menggantikan dirinya merasmikan sesuatu majlis rasmi seperti itu bukan sekadar  membelakangkan Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, tetapi turut membebankan isteri sendiri.

“Isteri pula sepatutnya tidak menjadi wakil kepada suami (Perdana Menteri). Sebaliknya menumpukan perhatian bagi menjaga kebajikan suami. Jadi dengan itu, isteri (Rosmah) sepatutnya malu dengan apa yang dilakukan itu.

“Tetapi apa yang dapat dilihat, Rosmah bukannya malu dengan tindakannya itu, malah berasa seronok pula kerana dapat menjadi wakil kepada perdana menteri bagi merasmikan majlis itu, sehingga segala yang dilakukan itu menjadi jelas terkeluar dari protokol biasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib dan Rosmah agar berfikir lebih jauh dengan apa yang dilakukan itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan.

0 Komen pengunjong :