Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penubuhan BAPAK Retorik Tidak Selesai Masalah Peneroka



SHAH ALAM 23 NOV : Pembabitan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK)- yang baru dirasmikan kelmarin, dalam usaha menyelesaikan masalah peneroka, dilihat Suhaimi Said sebagai tidak selari dengan kehendak kelompok itu pada hari ini.
Menurut Suhaimi yang juga Pengerusi Biro FELDA PKR, para peneroka kini berhadapan dengan masalah seperti Kadar Perahan Minyak (KFG), masalah dana untuk penanaman semula, juga masalah tanah dan bukannya masalah kebajikan seperti yang ingin ditangani melalui penubuhan BAPAK.
"Aduan apa, kalau untuk sakit pening boleh la... tetapi isu-isu yang mengubah kehidupan peneroka-peneroka bukan boleh diadu ke sana.
"Kita dengar pertama sekali yang Ahmad Maslan katakan seperti kebajikan, ia bukan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh peneroka.. bukan..," tambah Suhaimi lagi.
Semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan melancarkan BAPAK sebagai satu wadah untuk membela dan menjaga kebajikan masyarakat FELDA.
Sementara itu, mengulas tindakan Barisan Nasional(BN) yang mengajak pertubuhan bukan kerajaan(NGO) sebagai ahli bersekutu dengan parti itu sebagai retorik semata-mata. 
Menurut Suhaimi, ia tidak ubah seperti taktik untuk menarik pengundi baru menyertai BN dengan kaedah tidak langsung iaitu melalui keahlian secara terus dari NGO mahupun pertubuhan yang disertai.
Ini kerana katanya, ada di antara ahli NGO merupakan pengundi atas pagar dan ada juga yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, namun dengan adanya tawaran gabungan seperti ini, BN dapat menambahkan jumlah pengundi barunya.
"Ini hanya satu retorik politik kononnya boleh menarik orang-orang tertentu kalau mereka sudi masuk," kata Suhaimi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa parti itu sedia bergabung dengan NGO-NGO yang mahu bekerjasama denganya.
Bahkan menurut Suhaimi, kerajaan juga katanya berusaha untuk memberi gambaran bahawa parti itu tidak mengamalkan politik perkauman yang sempit apabila membuka ruangnya kepada NGO yang ada di negara ini bekerjasama dengannya.
"Kononnya hendak menghilangkan sedikit sebanyak isu perkauman dalam komponen-komponen Barisan Nasional. Takut ada orang-orang yang tidak bersetuju
dengan perkauman, hendak masuk melalui cara ini," tambah Suhaimi lagi.
Terdahulu tindakan BN menerima kumpulan NGO diselar oleh beberapa pihak kerana berpandangan ia bertentangan dengan norma masyarakat demokratik dan objektif asal penubuhan sesebuah badan bukan kerajaan itu.
Selain Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga dikatakan menolak untuk bergabung atau menjadi ahli bersekutu kepada BN- walau tidak diketahui sama ada pertubuhan itu punyai muslihat lain di sebaliknya.

0 Komen pengunjong :