Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MP PAS terus desak Azmi digugur, PAC siasat MAS rugi RM8b

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Selepas tiada sebarang tindakan diambil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu kerugian RM8 bilion dihadapi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kira-kira sedekad lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub terus mendesak agar Datuk Seri Azmi Khalid digugurkan sebagai pengerusi PAC.
Menurut Salahuddin, tindakan menggugurkan Azmi perlu selepas tiada sebarang tindakan diambil berhubung isu kerugian MAS walaupun dua pucuk surat telah dihantar supaya perkara itu disiasat.
“Pengerusi PAC ini perlu ditukarkan kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap isu kerugian RM8 bilion yang dihadapi MAS.
“Saya sudah dua kali menghantar surat kepada Pengerusi PAC tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Salahuddin, Naib Presiden PAS, kecewa dengan tindakan PAC yang masih mendiamkan diri dalam perkara itu yang boleh dianggap sebagai skandal kedua terbesar selepas isu projek pembangunan  Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
“Kes yang sebesar ini dilihat tidak dipandang serius dan diambil tindakan oleh PAC.
“Takkan hanya nak siasat benda yang remeh-temeh sahaja, kenapa kes besar seperti ini tidak diambil tindakan? Perkara ini tidak boleh ditutup sebaliknya kena disiasat kerana ia sudah memakan masa terlalu lama,” katanya.
Beliau juga mempertikaikan tindakan PAC yang tidak menyenaraikan isu kerugian MAS dalam senarai keutamaan yang perlu disiasat.
“Saya sudah buat desakan banyak kali, saya tidak faham kenapa PAC tidak masukkan isu MAS ini dalam senarai keutamaan mereka untuk disiasat.
“Ini yang jadi persoalan, jadi bagi saya isu yang utama adalah Pengerusi PAC ini perlu ditukar,” katanya.
Sebelum ini Salahuddin dilaporkan telah menghantar dua pucuk surat kepada Azmi di mana surat pertama dihantar pada 13 Disember lalu dan surat kedua pula dihantar pada 30 Ogos lalu supaya tindakan diambil berhubung isu kerugian MAS.
Tambah Salahuddin, beliau akan terus memperjuangkan isu tersebut sehingga individu yang terlibat menyebabkan kerugian MAS dibawa ke muka keadilan.
Salahuddin juga berkata beliau akan cuba mengetengahkan kes tersebut ke beberapa agensi berpengaruh supaya momentum berterusan dihadapi oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Kita tetap komited, skandal ini tidak akan terhenti begitu sahaja, tetapi kita akan tengok beberapa agensi berpengaruh untuk kita kongsi semua ini,” jelas beliau.
Namun beliau memberitahu agensi-agensi sasaran yang dimaksudkan.
“Kita sedang berbincang, saya akan maklumkan kemudian,” beliau menambah.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mahu kakitangan MAS tampil untuk menjadi saksi kes berkenaan yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin.
Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.
Menurut Mahfuz, tindakan meminta supaya kakitangan MAS menjadi saksi adalah kerana sehingga kini masih tiada tindakan susulan dibuat walaupun banyak aduan sudah dilaporkan.
“Kalau semua pilihan ini gagal, diharap pengurusan MAS atau ‘orang dalam’ sendiri tampil ke muka pengadilan membuat pendedahan atas kerugian yang mereka alami sekarang,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya kes kerugian MAS itu dibawa ke mahkamah.

0 Komen pengunjong :