Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hillary Clinton akan adakan pertemuan dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Pertemuan tersebut adalah antara jadual ketat Clinton dalam lawatan rasminya ke negara ini.
Malaysia adalah negara kelima dalam siri lawatan setiausaha negara berkenaan ke beberapa negara di rantau pasifik termasuk Guam, Vietnam, China dan Cambodia. 
Beliau juga dilaporkan akan mengadakan lawatan ke Papua New Guinea, New Zealand, Australia dan Samoa. 
Clinton juga dijangka bakal mengadakan pertemuan bagi membincangkan hubungan dua hala dengan menteri luar negara, Datuk Anifah Aman dan timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih tugas berkenaan menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan tidak sihat.
Pertemuan yang dijadualkan itu dilihat sebagai tanda sokongan AS kepada Ketua Pembangkang negara ini yang sedang menghadapi perbicaraan konspirasi II.
Rancangan Clinton untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar bagaimanapun menghadapi tentangan dan bantahan daripada kerajaan Barisan Nasional dan terutama sekali UMNO.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) jangan 'melatah' dengan menyelar berita bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mungkin akan melawat beliau minggu ini.
Dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Bandar Ramai-Ramai, Sandakan pagi tadi, Anwar menyatakan kunjungan antara pemimpin-pemimpin negara melawat pihak pemerintah dan pembangkang merupakan satu proses demokrasi yang biasa dilakukan oleh negara-negara luar.
"Apa masalahnya? Saya pernah melawat Hillary semasa lawatan ke AS dan sekarang sekiranya beliau datang melawat saya, kenapa nak cemburu? Azizah pun tidak cemburu jika Hillary melawat saya.
"Saya tidak faham cara pemerintahan kerajaan Umno-BN," kata beliau sambil berjenaka.
Katanya lagi, beliau pernah melawat Perdana Menteri Manmohan Singh semasa beliau melawat India dan juga pernah melawat Perdana Menteri Turki semasa  lawatan di sana tetapi tiada pula bantahan dibuat pada masa itu.

0 Komen pengunjong :