Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Banjir di utara semakin burok





ALOR SETAR  2 NOV :Banjir di Utara semakin buruk di Utara Semenanjung Malaysia apabila lebih 9,000 dipindahkan di Perlis dan Kedah. 
Memetik laporan Bernama,hujan yang berterusan sejak semalam menyebabkan 9,264 penduduk daripada 2,214 keluarga di beberapa daerah di Kedah kini dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu yang dibuka sejak semalam.
Di Perlis pula, jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada lebih 3,000 orang berbanding kira-kira 1,600 orang malam tadi.
Di Kedah, Kubang Pasu merupakan daerah paling teruk terjejas akibat banjir dan sehingga pukul 11.30 pagi ini seramai 6,215 orang dari 1,443 keluarga telahdipindahkan ke 34 pusat pemindahan.
Keadaan banjir di daerah itu dijangka bertambah buruk hari ini akibat aliran air dari daerah Padang Terap dan paras air di semua terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan sungai di Kubang Pasu kini melepasi paras bahaya. Sehubungan itu, Pegawai Daerah Kubang Pasu Datuk Noh Dahya menasihatkan penduduk di daerah berkenaan terutama mereka yang terlibat dalam banjir besar pada 2005 supaya bersedia dan seboleh-bolehnya berpindah awal.
Ini kerana paras air dijangka meningkat dalam tempoh enam jam bermula pukul11.30 pagi, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
"Setakat ini boleh dikatakan hampir seluruh daerah ini dilanda banjir dan penduduk di 33 kampung dalam 16 mukim telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir," katanya.
Pada 2005, lebih 11,000 penduduk dipindahkan akibat banjir di Kubang Pasu.
Selain Kubang Pasu, daerah lain yang kini dilanda banjir ialah Padang Terap dan sehingga kini seramai 2,368 orang telah dipindahkan, Kota Setar (313 orang)dan Pokok Sena (368 orang). Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Padang Terap Khalijah Latif berkata antara kampung yang terlibat di daerah itu ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi,Kuala Janing, Felcra Belimbing Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.
Bacaan paras air bagi tiga sungai di daerah itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kuala Nerang 21.08 meter (bahaya 17.07m), Sungai Kubu di paras 15.13m (bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 34.21m (bahaya 33m), katanya.

Jurucakap bilik gerakan banjir Pokok Sena Noor Nazila Hassaim berkata tujuh kampung di daerah itu kini ditenggelami air, antaranya Kampung Bukit,Kampung Baru, Kampung Derang dan Kampung Bukit Hijau.
"Empat pusat pemindahan yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau,Surau Seberang Paya, Dewan Kampung Empa dan Surau Permatang Limau," katanya.
Di Kota Setar, sebanyak 11 kampung ditenggelami air dengan semua sungai di daerah itu kini melepasi paras bahaya.

0 Komen pengunjong :