Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin: Saya tak akan tunduk desakan Zaid, mahu keputusan ahli dihormati

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali menegaskan tidak akan tunduk walaupun dua pesaingnya mempertikaikan kesahihan proses pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Sebaliknya Azmin, yang juga salah seorang naib presiden berkata, perjalanan pemilihan parti sekarang memperlihatkan “sokongan menggalakkan” daripada ahli-ahli yang mahukan beliau menjadi timbalan presiden.
Selain itu kata Azmin (gambar), Datuk Zaid Ibrahim sewajarnya “menghormati proses pemilihan demokratik” parti, malah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sehingga kini beliau menyediakan bukti untuk menyokong dakwaan wujudnya unsur penipuan dalam proses pengundian.
“Saya gembira untuk mengatakan bahawa dalam beberapa minggu lalu pemilihan parti, saya menerima petanda-petanda yang sungguh menggalakkan khususnya dari Sabah, jadi saya merasakan mesejnya amat jelas.
“Mereka (ahli-ahli parti) masih memerlukan kepimpinan saya dalam parti dan mereka mahu saya terus (bertanding) sebagai timbalan presiden dalam parti.
“Jadi, setiap orang mesti menghormati perkara itu, itu adalah proses demokratik dalam parti. Jika beliau (Zaid) percaya pada demokrasi, maka biarlah (menghormati),” kata beliau dalam reaksi segera berhubung kenyataan terbaru Zaid pagi tadi.
Zaid, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.
Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.
“Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah,” kata Zaid.
Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, terserah kepada jawatankuasa disiplin untuk memutuskan bentuk tindakan yang perlu diambil ke atas Zaid ekoran kenyataan semalam dan hari ini.
Tegas Azmin, beliau akan terus berada dalam persaingan sehingga hari terakhir pemilihan berlangsung.
“Meskipun beliau berada dalam persaingan, saya akan terus berkempen, malam ini di Kapar dan Puchong, sehingga hari terakhir pemilihan,” katanya lagi.
Anwar pula mempersoalkan waktu Zaid membuat serangan ke atas diri beliau dan Azmin.
Katanya, tindakan Zaid itu kelihatan sebahagian daripada kempen besar-besaran ke atas beliau, yang mirip tindakan Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, Azmin pula berkata, seolah-olah ada kaitan antara serangan Zaid dan Utusan Malaysia terhadap Anwar dan PKR.
“Jika anda lihat pada perkembangan beberapa bulan lalu, beliau digunakan oleh Utusan untuk menyerang kepimpinan parti dan juga dasar-dasar parti,” kata Azmin.
“Anda bercakap mengenai reformasi tetapi anda bercakap kepada akhbar kertas tandas. Saya tidak faham langsung.
“Jika benar anda percaya pada reformasi, bercakap kepada ahli-ahli parti. Pemimpin yang efektif akan sentiasa bersama ahli dan akan bercakap dengan ahli, bukannya menerusi blog dan laman web, sudah pasti bukan menerusi Utusan dan TV3,” kata beliau lagi.
Bulan lalu, Zaid ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan yang dipulau oleh PKR.

0 Komen pengunjong :