Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Altantuya: Fail dakwaan PI Bala ditutup, AG tidak lagi siasat

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan tiada siasatan  susulan akan dijalankan berhubung dakwaan terbaru detektif bebas  P. Balasubramaniam akhir tahun lalu, yang mengaitkan adik dan isteri perdana menteri dalam kes wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara memutuskan demikian selepas akuan-akuan berkanun yang bercanggah dibuat oleh Balasubramaniam pada 2008 dan akhir tahun lalu dianggap sudah ditutup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis ketika ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2011 berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan sedemikian kerana akuan bersumpah yang bercanggah tidak akan membawa kesan ke atas perbicaraan kes bunuh Altantuya.
“Meskipun adanya percanggahan antara akuan bersumpah, percanggahan itu tidak memberi kesan terhadap keputusan kes Altantuya.
“Lebih-lebih lagi individu berkenaan (Balasubramaniam) dipercayai masih berada di luar negara,” kata Nazri.
Katanya, keputusan untuk menutup kes berkaitan dakwaan Balasubramaniam dibuat dengan mengambil kira pertimbangan mendalam ke atas hasil siasatan polis dan juga keterangan saksi-saksi.

0 Komen pengunjong :