Sapp desak Perjanjian Malysia dihormati

Parti Maju Sabah (SAPP), akan mengheret kerajaan persekutuan dan kerajaan Britaish ke mahkamah kerana mencabuli Perjanjian Malaysia, jika mereka membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata peguam parti itu telah mengumpulkan bukti serta dokumen yang mencukupi bagi menyokong hujah mereka bahawa perjanjian yang dimeterai pada 9 Julai 1963 itu boleh dikuatkuasan menerusi perintah mahkamah.
Sehubungan itu, Yong juga mendesak agar peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia dihormati oleh kerajaan persekutuan dan tidak mencabulinya.

Ini termasuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam untuk penduduk Sabah, katanya.
"Banyak rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa Malaysia wujud daripada Perjanjian Malaysia yang dimeterai di London pada 9 Julai, 1963.
"Pihak yang terlibat dalam perjanjian antarabangsa ini adalah United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah)," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan SAPP di Petagas, yang diadakan di kediaman ketuanya, Dullie Mari, di Kampung Muhibbah di Putatan.

Beliau berkata Perjanjian itu mengandungi 10 perkara, yang jelas dan mudah difahami."Sehingga hari ini, selepas 47 tahun berlalu, apa yang saya dengar semua adalah janji kosong termasuk yang dibuat oleh Menteri Penerangan pada Hari Malaysia,” katanya.

0 Komen pengunjong :