Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkasa kesal berterusan dijadikan ‘punching bag’

IKUALA LANGAT, 10 Okt — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang berterusan menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai sasaran atau “punching bag” hanya kerana ia mempertahankan hak kaum Melayu, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. Beliau berkata Perkasa bukan pertubuhan yang bersifat perkauman atau kumpulan pelampau seperti yang digelar sesetengah pihak, kerana ia turut menolak perkauman.
“Pada kami, kami hanya mempertahankan perkara 143 dalam Perlembagaan Persekutuan dan selain itu, kami juga menyentuh tentang isu ekonomi kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Perkasa Daerah Kuala Langat di sini hari ini.
Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pemuda MCA semalam supaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) memisahkan diri daripada pelampau atau kumpulan pelampau di negara ini.
Ketuanya, Datuk Wee Ka Siong berkata langkah itu penting dalam usaha BN melobi sokongan daripada seluruh rakyat, selain menunaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan semua pihak agar tiada siapa yang tersisih daripada proses pembangunan.
Mengenai kenyataan Wee bahawa pemuda MCA menghormati kontrak sosial dan
Perlembagaan Persekutuan, Ibrahim meminta Wee memberikan tafsiran serta
pemahamannya berhubung perkara itu.
Anggota Parlimen Pasir Mas itu turut mempersoalkan tindakan Wee yang hanya mengkritik perjuangan Perkasa tetapi tidak mengkritik tindakan pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy yang mempertikai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 4 Okt lepas.
“Beliau (Wee) juga tidak desakpun kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja mengenai isu membabitkan konsesi balak yang berlaku semasa pemerintahan pakatan pembangkang di Perak.
“Kami turut digelar primitif tetapi kami terima. Kami bangga digelar primitif kerana primitif ini asli. Walaupun kami dianggap primitif, itu kami tidak kisah, kerana kami hanya pertahankan hak kami,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada Perkasa mempunyai perancangan untuk meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang berikutan peningkatan sokongan terhadap NGO tersebut, Ibrahim menegaskan Perkasa bukan parti politik.
“Kami tidak langsung berfikir ke arah itu (untuk bertanding dalam pilihan raya umum), belum lagi. Fokus kami hanya untuk menyatupadukan orang Melayu,” katanya. — Bernama

0 Komen pengunjong :