Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kuasa Politik Penentu Masa Depan Umno, bukannya Melayu


izzahKUALA LUMPUR: Fitnah paling terbesar di dalam perjuangan bangsa adalah bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno.
Oleh demikian apa yang dimaksudkan Utusan Malaysia didalam tulisan bertajuk “Kuasa Politik Penentu Masa Depan Melayu” sebenarnya bukan mengenai kehilangan kuasa politik oleh kaum Melayu tetapi sebenarnya adalah keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri.

Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu tetapi masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik.
Kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan  atau tindakan polis tanpa undang-undang.
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat.
Ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik penuh hasutan termasuk dengan ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir (Mohamad) sedang digunakan untuk mempertahankan Kuasa Politik Umno dan bukan Kuasa Politik Melayu.
Sebaliknya, negara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan(politics of hope and liberation) untuk memertabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.
Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan  memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan  mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan  termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa.
Selain itu proses dan peraturan pilihanraya mesti dipulihkan agar ia  adil dan telus.
Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno.

0 Komen pengunjong :