Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khaled ‘bunuh’ peranan mahasiswa? – KAMI

hilman-serius-1-200x200 KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menyelar sikap Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Khaled Nordin yang dilihat sebagai percubaan untuk ‘membunuh’ peranan mahasiswa dalam kampus dan masyarakat.
"Ini berbeza dengan pendirian timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang jelas menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam politik tanah air," kata presidennya Hilman Idham dalam satu kenyataan hari ini.

Dato’ Saifuddin baru-baru ini dilaporkan sebagai berpendirian untuk menggalakkan mahasiswa bersuara dan meluahkan isi hati mereka melalui pentas "Speakers Corner" yang diilhamkannya.
Hilman  berkata, "KAMI kesal dengan sikap menteri berkenaan yang sering menukar pendirian dan pandangan beliau atas sebab politik dan kepentingan peribadi semata-mata."
"Khaled juga harus merasa malu dengan MCA yang turut memiliki pendirian jelas terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik dengan menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dirombak semula.
Ujar beliau, "oleh itu, KAMI mendesak Khaled segera berundur daripada jawatan menteri untuk digantikan dengan seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab, berprinsip, berpendirian dan lebih memahami hasrat mahasiswa.

0 Komen pengunjong :