Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN pilih Setiausaha Umno Gua Musang calon DUN Galas

GUA MUSANG, 24 Okt — Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 47, dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS. Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.
Ketika membuat pengumuman itu, Muhyiddin berkata, Aziz merupakan calon yang masih muda dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
“Oleh kerana beliau (Aziz) akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas jadi beliau telah melepaskan jawatannya itu.
“Beliau merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini.
Tiga hari lalu,  pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

0 Komen pengunjong :