Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bekas Mufti Wilayah Persoal Tujuan Guna Nama Muhammad

SHAH ALAM 23 Okt : Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya berkata, berfesyen dalam mempromosikan busana Muslim adalah tidak salah, namun ia perlu menghormati perkara-perkara utama, seperti ayat suci, kalimah dan perkataan seperti 'Allah' dan 'Muhammad'.

"Apa maksud 'Muhammad' disitu? Adakah nama dia (si pemakai), atau Nabi Muhammad (SAW)? Maka kita tak tahu. Jadi kita kena tengoklah apa tujuan dia tulis 'Mim Ha Mim Dal' itu? Adakah itu nama Nabi Muhammad atau pun nama dia?

"Dia kena jagalah. Boleh, tetapi kalau kalimah-kalimah Allah itu dicampak merata, itu dah menghina kalimah Allah. Tulisan kalimah-kalimah Allah, atau Rasulullah pada baju yang dipakai. Dia kena jagalah penghormatan kalimah Allah itu. Tak boleh dicampak ikut suka sahaja," jelasnya.

Hashim  yang dihubungi TV Selangor hari ini menjelaskan, beliau tidak dapat memberikan respon mengenai isu Festival Fesyen Islam yang dianjurkan oleh isteri Perdana Menteri. Datin Seri Rosmah Mansur, kerana masih belum meneliti perkara tersebut.

Namun begitu, beliau masih boleh memberikan pandangannya mengenai garis panduan dan adab dalam berpakaian mengikut syarak.

"Fesyen itu tidak salah, tapi mesti menutup kepala, mesti menutup dada. Kemudian kalau nak fesyenkan sikit, itu tidak menjadi masalah. Kalau terlampau nak fesyen, kadang-kadang terlalu nipis. Kadang-kadang tutup semua, tetapi terlalu ketat. Tak jadi juga. Tak menepati menutup aurat.

"Garis panduannya mudah sahaja. Tiap-tiap sama ada lelaki atau perempuan Muslim dan Muslimah menutup aurat. Dan garis panduan menutup aurat itu telah dijelaskan sama ada di dalam Al-Quran atau pun dalam hadis-hadis Nabi (SAW).

"Kalau lelaki, auratnya antara pusat dan lutut. Itu aurat asalnya. Atas dari pusat dan bawah daripada lutut itu tidak dikatakan aurat. Itu dari segi umumnya.

"Walau macam mana pun, kalau sekiranya orang lelaki tadi berhadapan dengan wanita yang bukan mahram. maka dia juga dituntut menutup tubuh badannya. Itu adabnya.

"Dari segi perempuannya, mesti menutup kepalanya dan bertelekung menutup dadanya. Macam wanita yang pakai telekung hari ini yang labuh sedikit menutup dadanya. Kemudian pakaian itu tak boleh terlaku ketat sehingga menampakkan tubuh badannya. Itu lah garis panduan. Itu jelaslah," jelas Hashim.

"Kalau longgar pun, tapi terlalu nipis sehingga dapat melihat, terbayang kulitnya, maka tidak menepati tutup aurat. Jadi maksudnya pakaian kena agak longgar, disamping tidak nipis sehingga menampakkan tubuhnya di bawah kain itu," tambahnya lagi.

Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah yang mahu mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah insiden itu, sebaliknya memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman lapor portal Malaysiakini bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

1 comment :

  1. yang perasmi pun bukan islam sangat...rakyat malaysia sibuk boikot product belanda dan seangkatan sebab mereka lukis karikartur nabi kita..tapi isteri PM Msia sendiri hina islam, laki dia pun tak kata apa...malah support lagi bini ada...so apa kite patut buat yer? boikot isteri PM???? dia bkn makan saman pun...

    ReplyDelete