Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Tak Sokong Perkasa Sebab Nak Umum PRU-13?

SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak  pendirian Umno terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah badan yang dilihat memperjuangkan politik 'Ketuanan Melayu secara ekstrim disebabkan faktor Pilihan Raya Umum yang yang mungkin dipanggil secara mengejut.
Bagaimanapun Anwar berkata beliau kurang yakin terhadap kenyataan Umno yang mengatakan parti itu kini tidak lagi menyokong.
Anwar berkata Umno perlu menjelaskan pendirian parti itu samada ia adalah suatu dasar atau hanya penyesuaian kepada keadaan politik semasa.
Ketika ditemui media pada majlis jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di I-City, Seksyen 7 disini petabng tadi, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata Umno yang patut dipersalahkan kerana membenarkan kewujudan Perkasa dalam bentuk yang ada pada hari ini.
"Mereka menyokongnya, berikan kemudahan dan mereka juga memberi bantuan kepada Perkasa," kata Anwar.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah memaklumkan kepada rakan komponen lain dalam Barisan Nasional bahawa parti iu tidak akan menyokong Perkasa or presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau Perdana Menteri sendiri sehingga kini berdiam diri mengenai isu ini sambil mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah membiarkan Perkasa terus menerus membangkitkan kebencian kaum selama ini.
Berlainan pula dengan tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir yang melawan arus dengan menyokong badan itu dengan menganggap ia sebagai tongkat kepada Umno yang lemah.
"Beliau hanya cuba membuat dirinya relevan," kata Anwar

0 Komen pengunjong :