Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

TPM dakwa Anwar buat ‘dosa kering’

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.
najib tpmLaporan Jakarta Post kelmarin memetik Anwar sebagai berkata, media Malaysia dan Umno perlu dipersalahkan ke atas suasana tegang antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.
“Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini.
Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.
Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.
Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
“Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.
“Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan,” katanya.
Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan.
Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia.

0 Komen pengunjong :