Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ranapkan Anwar Lebih Utama Daripada Pacu Ekonomi Malaysia

GEORGETOWN 29 SEPT: Umno lebih mengutamakan parti berbanding kepentingan negara apabila tidak berbuat apa-apa walaupun bersetuju dengan pandangan antarabangsa betapa kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjejaskan imej Malaysia.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong percaya semua ini dilakukan bagi meranapkan karier politik Ketua Pembangkang itu yang diterima semua lapisan kaum dan agama hingga mengancam kekuasaan pemimpin parti pemerintah itu.
"Ada kemungkinan Muhyiddin bersetuju kes fitnah II ini mengganggu aliran kemasukan pelabur asing tetapi bagi kerajaan Umno-BN, kepentingan parti lebih diberi keutamaan berbanding kepentingan negara termasuk  ekonomi Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui kes konspirasi kedua itu mencalar imej negara di persada antarabangsa.
Jutawan Kumpulan Virgin, Richard Bronson sebelum ini membuat kenyataan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbuat sesuatu supaya pertuduhan terhadap Anwar digugurkan kerana ia merosakkan reputasi Malaysia di mata dunia.
Setiausaha Antarabangsa Parti Tindakan Demokrat (DAP) itu tidak menaruh harapan untuk kerajaan menerima pandangan Richard kerana Umno Barisan Nasional sejak dulu akan melakukan apa sahaja untuk menghancurkan perjuangan yang diketuai Anwar.
"Keutamaan politik kerajaan Umno-BN adalah untuk menghancurkan calon Perdana Menteri Pakatan rakyat supaya tiada lagi individu yang mampu diterima segenap lapisan rakyat negara ini,” katanya.
Chin Tong berkata, masyarakat dunia sedia maklum betaoa Malaysia bukan lagi negara mengamalkan demokrasi tulen, jauh sekali  menghayati semangat perundangan
"Sungguhpun Anwar adalah Ketua Pembangkang tetapi beliau terpaksa menghadapi kes sebegini . Tidak hairanlah negara ini dianggap tiada 'rule of law'," kata beliau.

0 Komen pengunjong :