Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Temuduga individu terlibat `kamera intip’ selepas raya

Mb Selangor
SHAH ALAM:  Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia memulakan proses menemuduga individu-individu yang terlibat dalam ‘kamera intip’ yang ditemui di bilik pejabatnya, sebulan lalu.
Proses temuduga itu akan dibuat selepas sambutan hari raya ini, kata Menteri Besar Selangor hari ini.
Menurut beliau, perbincangan berhubung isu ini akan sentiasa diadakan secara berterusan bagi melihat pemantauan yang sesuai terhadap tahap keselamatan di pejabat  beliau.
"Proses temuduga ini merupakan proses kedua selepas mesyuarat diadakan bersama petugas khas berkait isu ini baru-baru ini.
"Kita akan temuduga orang-orang yang terlibat dalam gambar itu. Petugas khas akan terus bermesyuarat dan berbincang sama ada sistem pemantauan sesuai dengan kawalan terhadap individu yang keluar masuk serta rakaman di lif-lif tersebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.
Beliau, bagaimanapun,  enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.IMG00222-20100908-1206
Pada 11 Ogos lalu, Khalid menjumpai sebuah kamera yang tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21 dan dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti hariannya.
Ekoran penemuan ‘kamera intip’ membawa kepada penubuhan pasukan khas yang diketuai setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin dalam menyiasat perkara berkenaan.
Faekah sebelum ini dilapurkan sebagai berkata bahawa 10 individu telah  dikenalpasti namun enggan mengulas lanjut berhubung hal terbabit.
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Khalid sebaliknya beliau menyerahkan pasukan petugas khas menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkan hal itu kepada polis.

0 Komen pengunjong :