Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Permuafakatan Pemilihan 2010 Mahu Anwar Jadi Presiden

SHAH ALAM 8 Sept - Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat yang menggelar diri mereka sebagai Permuafakatan Pemilihan 2010 akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mencadangkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti.
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima Suara Keadilan manyatakan sidang media itu akan diadakan di pejabat KEADILAN Cabang PJS di Taman Petaling Utama PJ pada pukul 10.00 pagi.
Suara Keadilan juga difahamkan selain Anwar, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicadangkan sebagai Timbalan Presiden sementara tiga calon bagi jawatan Naib Presiden adalah Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan Datuk Zaid Ibrahim.
Isnin lalu seramai 20 Ahli Parlimen KEADILAN mengadakan sidang media di ibu pejabat parti bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap Azmin dan mencadangkan beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Semalam pula 13 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor dan Negeri Sembilan juga menyuarakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.
Bagaimanapun setakat ini penyandang jawatan tersebut, Senator Dr Syed Husin Ali belum lagi menyatakan pendirian rasmi beliau samada mahu mempertahankan kedudukannya atau berundur tetapi isu ini dikatakan akan dijelaskan pada sidang media khas pada 14 September depan.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid juga telah mengumumkan hasrat beliau untuk merebut Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan dua hari lalu.

0 Komen pengunjong :