Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Suspek utama bunuh Sosilawati ada 7 kes jenayah komersial

BANTING, 16 Sept — Suspek utama, seorang peguam bergelar “Datuk” kes  pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang dan pembunuhan termasuk seorang wanita serta tujuh kes jenayah komersil di daerah Kuala Langat. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berkata suspek utama itu yang merupakan seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lepas.
“Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Khalid berkata peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.
Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T. Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.
“Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat,” kata Khalid.
 Beliau berkata polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.
“Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat,” kata Khalid.
Beliau berkata pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang melibatkan kerugian RM7.1 juta.
Ditanya sama ada peguam itu telah “membeli” polis-polis di Kuala Langat, katanya, jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng,” tegas Khalid.

0 Komen pengunjong :