Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Permohonan Anwar gugur tuduhan didengar Isnin ini

PUTRAJAYA, 17 Sept — Perbicaraan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penolakan Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap beliau dijadual Isnin ini.
Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop membenarkan permohonan peguam Anwar, Karpal Singh untuk menangguhkan rayuan itu ke tarikh tersebut bagi membenarkan beliau menyediakan hujah-hujah mengenai isu bidang kuasa mahkamah itu untuk mendengar perkara berkenaan.
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membangkitkan bantahan permulaan bahawa Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana perintah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bukan perintah yang terakhir.
Karpal Singh berkata beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah-hujahnya kerana Mohamed Yusof tidak memberikan sebarang petanda kepadanya bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut.
Peruntukan Seksyen 3 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori akan diputuskan dalam perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukanlah perintah terakhir.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Ogos yang menolak pemohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan liwatnya.
Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu.
Pada kali ini atas alasan bahawa sikap tidak berpihak oleh keseluruhan pasukan pendakwaan itu telah dikompromi kerana dakwaan hubungan sulit antara penuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.
Beliau mendakwa bahawa berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu, Mohd Saiful Bukhari boleh akses dengan maklumat mengenai kes berkenaan, dan menafikannya daripada perbicaraan yang adil.
Permohonan pertama beliau yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei tahun ini.
Alasan beliau ialah laporan perubatan menyatakan bahawa tidak ada tanda penembusan ke dalam rektum  Mohd Saiful Bukhari.
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.
Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar SN Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa berikutan dengan penangguhan itu hari ini, perbicaraan liwat tersebut yang ditetapkan untuk sebutan pada Isnin akan ditanguhkan ke Selasa ini.

0 Komen pengunjong :