Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib 'Terpaksa' Terang Kes Anwar Ketika Promosi ETP

NEW YORK 30 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam terpaksa memberi penerangan berkaitan kes konpirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika  mempromosi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini.

Penerangan itu dibuat beliau kepada Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir hal ehwal luar terkemuka di New York selepas membuat ucapan bertajuk `Program Transformasi Ekonomi di Malaysia’.

Baru-baru ini, tokoh perniagaan Kumpulan Virgin Air, Richard Bronson meminta Najib campur tangan  lantaran pertuduhan kes konspirasi kedua terhadap Anwar, mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Presiden Umno itu menyatakan  kerajaan Malaysia pimpinannya tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PKR) itu yang berdepan  kes konspirasi  kedua dalam satu dekad, sejak pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia .
Mengikut Bernama, Najib menjelaskan, kes itu muncul selepas salah seorang kakitangannya sendiri , dipercayai merujuk kepada Saiful Azlan Bukhari yang memfail satu laporan polis terhadap Anwar.
Bagaimanapun, laporan agensi berita kerajaan itu tidak menyebut sama ada Najib memberi penjelasan mengenai pertemuan pegawainya dengan Saiful sebelum mengadu kepada polis atau melapor pertemuannya dengan  Saiful selepas laporan dibuat.
Perbicaraan kes itu berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dijadual bersidang semula pada 14 dan 15 Oktober ini dengan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur.

0 Komen pengunjong :