Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Boleh Minta Obama Bantu Atasi 'Cartoon-o-phobia'

SHAH ALAM 28 Sept - Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mungkin boleh membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatasi cartoon-o-phobia selepas Najib menawarkan diri untuk mengatasi fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata ini menunjukkan pemimpin Umno-BN kini mengidap satu lagi penyakit iaitu takut pada kartun.
Dalam rangka lawatan ke AS sebelum ini, Najib berkata Malaysia mahu membantu negara itu mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.
"Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melaksanakan undang-undang dengan telus dan mengikut lunas demokrasi.
"Nampaknya, pemimpin Umno-BN sekarang ini hidup dalam ketakutan sehinggakan kartun pun dianggap sebagai mengancam keselamatan negara," kata Tian Chua ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum itu, Kartunis popular Zunar atau  Zulkiflee Anwar Ulhaque ditahan polis 24 September lalu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Pihak polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas 66 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan pada sebelah malam.
Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks, sebuah anak syarikat Malaysiakini.
Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.
Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.
Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

0 Komen pengunjong :