Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahasiswa berpolitik : Saifuddin terima memo Pemuda PAS

Dewan pemuda PAS pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu "pertemuan bersejarah" bagi menggesa supaya mahasiswa dibenarkan aktif berpolitik.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata beliau gembira kerana Saifuddin menyambut baik tuntutan yang dikemukakan mereka dalam memorandum berkenaan.

"Ini merupakan langkah permulaan yang baik sebab kami dapat (peluang) beri pandangan kepada beliau," kata Nasruddin ketika ditemui wartawan.

Memorandum berkenaan antara lainnya menuntut supaya siswa "dibebaskan" dan dibenarkan berpolitik, termasuk menyertai parti politik.

Ia turut menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dihapuskan.

"Tidak keterlaluan jika mahasiswa juga dibenarkan menjawat jawatan dalam parti," katanya kepada wartawan di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya hari ini.

Nasruddin juga berkata, Saifuddin turut memberikan pandangannya dalam pertemuan selama kira-kira 40 minit itu.

Tambahnya, beliau berharap Saifuddin akan "membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi sama ada ke Kbinet ataupun dalam Majlis Tertinggi Umno."

Katanya lagi, pemuda PAS telah lama berniat untuk bertemu dengan timbalan menteri itu.

"Kita perhatikan siri dialog dan ucapan timbalan menteri hampir senada dengan perjuangan kita untuk bebaskan mahasiswa daripada kekangan AUKU," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Pemuda PAS juga sedia bertemu dengan pemuda BN untuk membincangkan isu berkenaan.

0 Komen pengunjong :