Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KPN perlu jelaskan dakwaan Musa berasas atau tidak

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar perlu menjelaskan pendirian sama ada dakwaan Tan Sri Musa Hassan berhubung campur tangan pihak ketiga terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasas atau tidak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berasas, apakah tindakan lanjut yang akan beliau ambil untuk memastikan campur tangan pihak lain tidak berulang dan menjadikan PDRM bebas daripada menjadi orang suruhan kepentingan politik seperti dakwaan Musa. Jika tidak benar, soalnya, bersediakah Ismail membuat laporan polis ke atas bekas KPN itu untuk disiasat dan diambil tindakkan kerana memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM sendiri yang dilihat menjadi orang suruhan pihak lain.
Ini, kerana kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam satu kenyataan kepada Harakahadaily, KPN baru dilantik dalam suasana Musa mendakwa ada campur tangan dan arahan pihak lain ke atas pegawai.
Menurutnya, pernyataan pendirian Ismail sangat penting bagi meletakkan kembali kepercayaan terhadap PDRM sebagai institusi yang dipayungi Raja-Rraja Melayu akan dihormati oleh semua pihak.
Katanya, kegagalan Ismail menyatakan pendirian terhadap Musa adalah merupakan permulaan kegagalannya sebagai KPN kerana membiarkan institusi di bawah Raja-Raja Melayu terus dicabuli.

0 Komen pengunjong :