Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerajaan Pakatan Rakyat Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno-BN

BUKIT MERTAJAM 7 Sept -  Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan sedikit daripadanya kepada rakyat seperti mana yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan disebabkan ketelusan Pakatan Rakyat, maka Umno-BN menyerang bertubi-tubi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana memberi ancaman kepada agenda merompak harta rakyat.
"Jika mereka merompak wang rakyat, balak, tanah dan saham untuk diagihkan kepada kroni bagi memenuhi temolok mereka dan sebahagian daripada itu diagihkan kepada orang miskin bukanlah satu tindakan yang betul.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah jauh bezanya daripada Umno-BN. Kita tidak merompak hak orang lain. Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng memberikan wang penghargaan berdasarkan kepada perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat.
"Merompak, mengambil hak orang lain, mengagihkan kepada kroni dan penyokong sahaja bukan menjadi amalan dalam mana-mana kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat," tegas Anwar lagi semasa menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam Ahad lalu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang bagi menerima sumbangan RM100 seorang.
Sehingga ini seramai 107,625 warga emas telah pun menikmati wang penghargaan tersebut.
Ia juga menunjukkan peningkatan lebih 25,000 warga emas mendaftar dibandingkan seramai  83,000 warga emas sahaja yang mendaftar sebelum ini.
Manakala bagi waris kepada warga emas yang kematian ibu dan bapa akan menerima RM1,000 sebagai sumbangan mengurangkan beban yang ditanggung waris.
Sehingga 24 Ogos 2010, sejumlah 776 pewaris telah menerima sumbangan itu yang melibatkan kos sebanyak RM776,000 yang salurkan melalui sistem i-sejahtera yang diwujudkan oleh kerajaan negeri. 
"Dalam tempoh yang singkat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya membela nasib rakyat. Sistem pemerintahan yang bijak mampu memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat.
"Oleh kerana itu sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir beberapa buah negeri harus ditingkatkan lagi bagi mencapai hasrat kita menuju ke Putrajaya," tambah Anwar.
Turut hadir pada majlis sumbangan tersebut termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman serta Timbalan Ketua Menteri II,  Dr P Ramasamy.

0 Komen pengunjong :