Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isteri jutawan India, MP Kapar beri keterangan

BANTING, 24 Sept — S. Usharani, isteri usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hari ini bersama Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam untuk memberi keterangan berhubung kehilangan suaminya.  Mereka tiba di IPD berkenaan kira-kira 6 petang dan selesai memberi keterangan pada 9 malam tadi.
Manikavasangan berkata beliau dipanggil merakamkan kenyataan berhubung penglibatannya membawa Usaharani dan membantu wanita itu berurusan dengan polis.
Beliau berkata Usharani turut dipanggil berhubung perkara yang sama, dan polis turut mengambil keterangan berhubung rakaman dalam telefon bimbit milik wanita itu.
“Tadi, pukul 12 tengah hari, saya telah menyerahkan telefon bimbit (milik Usharani) ke Bukit Aman. Turut diserahkan ialah memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport dan salinan surat beranak anaknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD berkenaan.
Manikavasagam berkata Usharani akan menyambung keterangannya di ibu pejabat polis itu pada 1 tengah hari hari ini.
Sementara itu, Usharani yang tiba di negara ini sejak 22 September lepas, berkata beliau mungkin pulang ke India esok, bagaimanapun, ia mungkin ditangguhkan jika ada perkembangan baru dalam siasatan kes itu.
Beliau juga percaya saudara terdekat suaminya akan datang ke negara ini dalam tempoh terdekat bagi membantu mengesahkan DNA suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata pihaknya telah memperoleh telefon bimbit yang menjadi bahan bukti siasatan kes itu.
Semalam, Usharani mendedahkan ada menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa Tamil di telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti, membabitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati.

— Bernama

0 Komen pengunjong :