Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Forum "Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO"

Sejak kemerdekaan, negara kita diperintah oleh wakil yang disokong oleh penjajah British iaitu "Parti Perikatan" pada peringkat awal dan kemudiannya Barisan Nasional(BN).  Akibat daripada pemerintahan kerajaan "Perikatan" dan kemudiannya kerajaan "BN" yang kedua-duanya didominasi oleh Pertubuhan Kebangsaan Bangsa Melayu (UMNO), yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin menjadi lebih miskin, kumpulan yang memerintah menjadi korup dan reput, kehidupan rakyat merana, konflik sosial semakin mendalam.
Selepas 50 tahun menderita, ribut perubahan yang dibawa oleh rakyat pelbagai kaum seluruh negara akhirnya melanda asas pemerintahan regim hegemoni UMNO.  Dalam pilihanraya umum tahun 2008, BN yang didominasi oleh UMNO kehilangan kuasa pemerintahan di lima negeri dan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.  Keputusan yang mengejutkan ini sekaligus memperhebatkan konflik dalaman dan rebutan kuasa di dalam BN, lebih-lebih lagi dalam UMNO sendiri.
Satu peralihan kuasa dari Abdullah Badawi kepada Najib Razak telah berlaku ekoran daripada perebutan kuasa ini.  Untuk mengekalkan regim yang telah berpecah-belah dan rapuh ini, Perdana Menteri baru Najib, memperkenalkan slogan "Satu Malaysia" yang kononnya "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", tetapi pada hakikatnya, telah menggerakkan segala jentera negara untuk menindas dan mengalahkan perjuangan pembaharuan yang dibawa oleh Rakyat pelbagai kaum.
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS committee) Negeri Johor, bersama dengan pertubuhan kaum India-Persahabatan Semparuthi telah menganjurkan satu forum yang bertema "Kes MB berkembar Perak, Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia".
Bercakap dalam forum tersebut, pemimpin Melayu menonjol yang berani menentang hegemoni perkauman UMNO, Zaid Ibrahim yang juga merupakan bekas Menteri Jabatan Perdana Mentari dan ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), membentangkan hujah pentingnya bahawa "Malaysia telah menjadi sebuah Negara fasis yang baru membangun".  Beliau berpendapat bahawa fasisme adalah satu sistem diktaktor dan anasir-anasir fasis telah menggunakan keganasan dan menjana perasaan ketakutan untuk melaksanakan dasar reaksionar yang chauvinistic.
Beliau juga berpandangan bahawa slogan "Satu Malaysia" yang dijajakan oleh Najib di merata tempat merupakan satu helah; barang siapa yang membantah "Satu Malaysia" akan dianggap sebagai anasir-anasir subversi, akan ditindas dan dihancurkan. 
Pandangan Zaid (gambar kanan) ini ternyata telah membawa kesan yang signifikan dalam partinya.  Organ parti-Suara Keadilan yang diterbit pada awal Ogos 2010 telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk "Malaysia Menuju Negara 'Kuku Besi'?" yang ditulis oleh Ketua Editor akbar tersebut, Dzulkarnain Taib.  Berdasarkan 7 ciri-ciri fasis yang disimpulkan oleh ahli ekedemik politik Laurence W Britt, Dzulkarnain cuba membuktikan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Najib tengah menuju ke arah kerajaan Fasis.
7 ciri-ciri pemerintahan fasis yang dibangkitkan oleh Dzulkarnain antaranya termasuk:

1. Mempromomosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman - Sokong pertubuhan perkauman seperti PERKASA.
2. Kebencian terhadap nilai dan hak asasi manusia - Pencabulan hak asasi manusia, ISA dikuatkuasa.
3. Pengawalan ketat media massa - Permit akbar pembangkang digantung.
4. Penyalahgunaan institusi keselamatan negara dan pelaksana undang- undang - Agensi penguatkuasa, kehakiman, disalahgunakan.
5. Kepentingan kroni dan koporat dilindungi secara rapi - Subsidi diteruskan kepada syarikat kroni.
6. Gejala kronisme dan rasuah berleluasa - Pemberian kontrak dibuat tanpa ketelusan.
7. Penipuan terancang dalam sistem pilihan raya - Suruhan Pilihan Raya jadi kuda tunggangan UMNO-BN.
Kini, adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis, atau menuju ke arah fasis?  Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut?  "Di manakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?" begitulah tumpuan dan renungan semua parti politik, pertubuhan dan individu yang risaukan masa depan negara.
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) negeri Johor, merupakan satu pertubuhan akar umbi di Negeri Johor di bawah pimpinan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).  Ia ditubuhkan pada 9 September 2001 untuk mengerakkan gerakan menentang hegemoni UMNO, menentangan fahaman perkauman, membina demokrasi dan menegakkan hak asasi.  Ahlinya termasuk bekas ahli Partai Buruh, bekas tahanan ISA, bekas aktivis kesatuan sekerja, aktivis bahasa ibunda, aktivis demokrasi dan para pelajar universiti.
Untuk membincangkan tugas terkini gerakan demokrasi dan hak asasi negara kita dan untuk meraikan ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Kerja FOS, kami akan menganjurkan aktiviti "Forum" berserta "Jamuan makan".  Kami akan menjemput tiga orang pemimpin politik yang mempunyai perwakilan tertentu untuk membentangkan kertas perbincangan, memberi ceramah dan menjawab soal hadirin mengenai persoalan apakah betul pandangan sesetengah analisa politik dan aktivis sosial yang menyatakan bahawa pemerintahan hegemoni UMNO sedang menuju ke arah fasisme.
Mereka yang dijemput adalah Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau seorang wakil yang ditentukan oleh PAS, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan atau seorang wakil yang ditentukan oleh PSM dan Ketua Parlimen Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang atau seorang wakil yang ditentukan oleh DAP.  Forum akan diadakan dalam dwibahasa (B. Melayu dan B. Mandarin), penterjemahan juga akan disediakan.

0 Komen pengunjong :