Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Branson : Najib Harus “Berani” Berikan Keadilan Kepada Anwar

KUALA LUMPUR 27 SEPT: Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson menyifatkan  perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "duri" dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik.
Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberikan pandangan tegas ,  menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar.
Branson yang dikagumi atas kejayaan meletakkan Virgin Air sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang ulung di dunia, membawa mesej untuk Najib.
"Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal-hal seperti ini yang hanya merosakkan nama baik anda," Branson berkata di Persidangan Mengenai peluang pelaburan di Asia.
“Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada  imej negara ini di kaca mata dunia,” tambah beliau.
Komen Branson itu dijangka mendapat perhatian ahli politik dan dunia korporat tempatan dan antarabangsa, kerana beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang berkecuali dalam politik dalam memperjuangkan isu-isu keadilan sejagat.    
Anwar menghadapi perbicaraan atas tuduhan liwat untuk kali kedua walaupun pemeriksaan doktor menunjukkan tidak ada tusukan kepada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Selain itu Saiful juga disahkan berjumpa dengan Najib sendiri dua hari sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar.
Saiful juga bertemu dengan seorang pegawai polis kanan, Rodwan  Ismail yang sebelum ini dikaitkan dengan cubaan merekacipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau pada tahun 1999.
Segala fakta itu menyokong tanggapan umum bahawa,  sebagaimana  dua perbicaraan awal yang berkesudahan Anwar dipenjara enam tahun,  Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang memperalatkan badan kehakiman dan polis.
Pada perbicaraan kali ini,   Anwar dikekang daripada mendapatkan kenyataan Saiful kepada polis selain laporan pakar yang memeriksa Saiful dan juga sampel DNA bagi membolehkan peguam belas  mantan timbalan perdana menteri itu menyediakan pembelaan tuntas.

1 comment :

  1. siapa dipihak yang benar, walau difitnah sedekad pun pasti Allah akan tunjukkan kebenaran, jadi bersabarlah kepada org2 yang benar kerana Allah sentiasa adil.

    ReplyDelete