Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bantuan Khas Aidilfitri RM1 Ribu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha  membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.
Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media  termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.
"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid.
Sebelum ini,  Abdul Khalid mengumumkan semua kakitangan kerajaan negeri  bakal menerima  bantuan khas hari raya RM500 sebelum 1 Syawal sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan ini.
Sekalipun berdepan pelbagai sekatan peruntukan, bantuan RM500 ini setara dengan jumlah yang diberi kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kerajaan.
Kerajaan negeri mahu kerjasama dan mempertingkat hubungan baik dengan pengamal media supaya rakyat mendapat maklumat perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, khususnya pembaharuan di negeri ini.

0 Komen pengunjong :