Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tindakan Polis Tahan Tiga Aktivis Dikecam

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Polis sekali lagi diselar kerana menggunakan kuasa melampau apabila menahan tiga aktivis KEADILAN dan badan bukan kerajaan di pelancaran kempen Selamatkan Rakyat - Bantah Harga Barang Naik oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di Kampung Kerinci semalam.
Mereka yang ditahan ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN Batu, Rozan Azen Mat Rasip, Ahli Jawatankuasa AMK Batu, Farez Kama dan penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Tan Moon Hui.
Ketiga-tiga aktivis yang ditahan sebelum program pelancaran kempen dan edaran risalah bermula di bawa ke balai polis Jalan Pantai Baharu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pihak polis tidak sepatutnya bertindak demikian kerana program itu hanyalah mengedar risalah berhubung kenaikan harga barangan dan pengurangan subsidi kerajaan.
"Saya fikir program ini bukan berbentuk demonstrasi tetapi sekadar pelancaran dan edarkan risalah, itu pun kehadiran polis adalah luar biasa. Malangnya tangkapan dibuat terhadap saudara Rozan dan Moon Hui kerana dikatakan tidak bekerjasama dengan polis," komen Nurul Izzah.
Menurutnya, pihak polis perlu melakukan reformasi yang menyeluruh tentang tanggungjawab polis yang utama dan bukannya mengganggu program yang dijalankan Pakatan Rakyat dan NGO untuk membela rakyat.
"Ini adalah aktiviti biasa, ahli politik dan NGO, kita nak edarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai dan seharusnya tidak mendapat bangkangan dan kekangan daripada kerajaan dan pihak polis.
"Pihak polis tanggungjawabnya menjaga kesejahteraan dan memastikan penjenayah seperti kes samun, ragut, rogol dibanteras dan bukannya program seperti ini," jelas beliau.
Menurut Nurul Izzah, beliau menyokong usaha yang dijalankan Protes memandangkan rakyat menerima kesan daripada kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi.
Tindakan polis cuba menghalang usaha Protes memberi penerangan kepada rakyat amat mengecewakan.
"Kita akan teruskan tuntutan kita. Kita ingin tekankan langkah pertama kita bukan mengadakan demonstrasi tetapi melihatkan kepada respons polis terlalu mengejutkan dan mengecewakan, bukan sahaja isu ISA tetapi apa sahaja yang dilihat tidak selari dengan dasar kerajaan cuba dihalang," ujarnya.

0 Komen pengunjong :