Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PDA Mesti Dimansuhkan Elak PM Salahguna Wang Petronas

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendesak kerajaan memansuhkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi memulihkan urus tadbir Petronas serta mewujudkan ketelusan dalam pengurusan kewangan syarikat petroliam nasional itu.
Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembamgunan Koperasi menjelaskan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Petronas telah menyumbang sebanyak RM290 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun tidak jelas ke mana jumlah wang amat besar itu dibelanjakan oleh Perdana Menteri sekarang dan juga yang sebelumnya, sama ada ia digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat atau dibazirkan begitu sahaja.
"Petronas adalah sebuah entiti dan syarikat kerajaan yang kukuh serta ditadbir dengan baik sebelum ini tetapi pentadbiran tiga Perdana Menteri yang terakhir telah merosakkan pentadbiran Petronas. Saya berharap bagi mengembalikan prestasi serta urus tadbir, PDA 1974 ini perlu dihapuskan segera.
"Kita melihat intipati yang terkandung di dalam PDA 1974 menyatakan Petronas hanya perlu menjawab kepada Perdana Menteri sahaja. Sebelum ini kita mempunyai dua menteri yang bertanggungjawab terhadap Petronas tetapi mereka tidak ada kuasa langsung berhubung operasi syarikat itu. Selain itu juga di bawah PDA 1974 Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk ke atas Petronas dan barisan Kabinet tidak dibenarkan memeriksa akaun syarikat itu.
"Kita melihat melalui PDA 1974, Perdana Menteri dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mengarahkan Petronas menyalurkan jumlah wang yang besar kepada kerajaan dan kita sendiri tidak tahu ke mana wang itu digunakan," jelas Dr Tan.
Tambah beliau lagi, di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan adalah sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion.
"Namun pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi  yang dikatakan 'Mr Clean' oleh bekas ketuanya, beliau telah memaksa Petronas membayar pada mulanya RM10 bilion kemudian ditambah kpada RM20 bilion sehingga pada akhirnya RM30 bilion. Seorang yang dikatakan bersih telah mengarahkan Petronas membayar sepuluh kali nilai dividen melebihi zaman Dr Mahathir.
"Mana perginya semua wang dividen tersebut, terutamanya untuk membiayai semua anggaran defisit sepanjang pemerintahannya. Terlalu banyak perbelanjaan di bawa ke bahagian pertahanan yang merugikan. Manakala untuk pembangunan negara hanya mendapat RM10 bilion sahaja daripada RM30 bilion yang diberikan.
"Pada tahun 80an dan 90an sebanyak RM100 bilion juga telah dihabiskan daripada akaun Petronas untuk menyelamatkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) ketika itu sebanyak dua kali, manakala semasa krisis kewangan 1997, Petronas juga dipaksa membeli MISC untuk menyelamatkan anak Dr Mahathir.
"Apa yang kita harapkan akta PDA 1974 ini mesti dimansuhkan segera bagi mengelak syarikat harapan negara terus dipergunakan oleh mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan peribadi," kata Dr Tan lagi.

0 Komen pengunjong :