Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu sensitif : Undang-undang rimba tidak lagi relevan


DSC00717PETALING JAYA: Walaupun Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan bagi mengekang tercetusnya sebarang unsur ketegangan dan kebencian antara kaum, namun perkara ini tetap terjadi berulang kali.
Malah akta sedia ada hanya dilihat lebih kepada menyekat perbincangan secara sihat dan terbuka sehingga membenarkan pihak pelampau terus memainkan isu sensitif seperti sentimen perkauman.

Demikian menurut Naib Presiden PKR Azmin Ali semasa mengulas mengenai dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor yang secara terbuka memainkan isu perkauman dalam ucapannya dihadapan pelajar.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, hasutan kebencian perkauman yang terjadi berulang kali merupakan bukti kesan undang-undang ‘rimba’ yang diamalkan selama ini oleh Barisan Nasional (BN).
"BN selama ini memainkan politik perkauman ditambah pula pelaksanaan undang-undang rimba hanya menyebabkan isu sensitif sebegini berlarutan, malah akan jadi lebih parah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Azmin mencadangkan agar Akta Hasutan dan ISA yang terdapat dalam undang-undang rimba digantikan dengan Akta Hubungan Antara Kaum bagi menangani sentimen kebencian antara kaum sekaligus mengalakkan perpaduan dan keharmonian rakyat.
"PKR dan Pakatan Rakyat berpandangan ucapan yang dikeluarkan oleh pengetua terbabit bukanlah satu insiden baru dan masalah sebegini perlu diatasi dengan pendekatan yang tepat dan menyeluruh.
"Kita mahu parti politik pelbagai kaum wujud berdasarkan prinsip keadilan, menghormati hak manusia, demokrasi dan menolak parti politik yang berasaskan perkauman.
Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata rasisme pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.
Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.
Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.
Berikutan itu, Azmin turut mendesak agar pengetua terbabit digantung tugas sementara siasatan dijalankan bagi menyiasat kebenaran dakwaan sedemikian.
"Jika dakwaan itu benar, pengetua terbabit perlu dipecat serta-merta kerana ini melibatkan isu sensitif dan mampu memberi kesan kepada kestabilan negara," katanya.

0 Komen pengunjong :