Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tindakan KDN Gantung Permit Suara Keadilan Tidak Gentarkan KEADILAN

SHAH ALAM 11 Julai - Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua berkata KEADILAN akan tetap mencetak dan menerbitkan lidah rasmi parti itu seperti biasa kerana tidak ada alasan munasabah untuk parti menghentikan penerbitan akhbar itu.
Beliau menegaskan walaupun Suara Keadilan digantung penerbitannya sejak 30 lalu oleh Kementerian Dalam Negeri tindakan tersebut tidak menggentarkan KEADILAN yang pernah berhadapan dengan tindakan KDN menggantung akhbar itu pada 2008.
"Kita  tetap akan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan kita tidak akan tunduk kepada ugutan pihak yang berkenaan.
"Kita akan mengambil sikap tunggu dan lihat apakah tindakan KDN kepada kita tetapi tidak alasan untuk kita memberhentikan penerbitan akhbar rasmi KEADILAN ini," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.
Akhbar 'KEADILAN' terbitan Angkatan Muda KEADILAN mula diedarkan ke seluruh negara mulai semalam dan dijual kepada ahli pada harga RM2 senaskah dan RM3 di Sabah dan Sarawak.
AMK akan mengadakan aktiviti pengedarkan 'KEADILAN' secara percuma kepada ahli di pintu masuk Stesen LRT Masjid Jamek bermula pukul 8.00 pagi esok.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :