Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rocket pula diberi surat tunjuk sebab


Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.

Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

Malaysiakini juga difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.
Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Roket.

- Malaysiakini

Kembara Jr.......... nampaknya selepas ini parti Pakatan Rakyat tak akan ada akbar masing-masing. Sebelum ini Suara Keadilan dan Harakah sudah diberi surat tunjuk sebab. Sekarang ini giliran Rocket pulak. Nampak benar Umno/BN tertekan dengan lapuran-lapuran dari ketiga-tiga akhbar ini. Supaya tidak ada lagi lapuran yang mendedahkan kepincangan Umno/BN, caranya ialah Umno/BN terpaksa memberhentikan penerbitan akhbar-akhbar ini. Itu saja cara yang mereka ada.

0 Komen pengunjong :