Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pasir : Khir Toyo Di Minta Dedah Identiti 'Samseng'

Exco Selangor Ronnie Liu Thian Kiew meminta bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti yang menyokong dakwaan bahawa DAP Selangor dilindungi kumpulan samseng.
DAP juga menuntut Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan identiti samseng terbabit. Sekiranya gagal, maka pemimpin Umno itu digesa bertaubat dan meminta maaf secara terbuka.
Ketua Pembangkang Selangor mendakwa pelombong-pelombong pasir haram dilindungi samseng dan samseng berkenaan rapat kepada DAP Selangor. Beliau turut mendakwa samseng-samseng terbabit membiayai jentera pilihanraya DAP
DAP meminta Dr Khir toyo mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam atau hadapi tindakan undang-undang.
"Saya minta Dr Khir Toyo untuk tidak membuat tuduhan bukan-bukan, tanpa bukti. Tunjukkan bukti dan jangan jadi pengecut. Saya mempertimbangkan untuk menyaman beliau," tegas Ronnie.
"Keuntungan dari Kumpulan Semesta digunakan untuk rakyat. Saya minta Khir Toyo untuk ambil teladan dari urustadbir Menteri Besar sekarang. Jadi saya cabar kamu berikan bukti menunjukkan kaitan DAP kepada samseng-samseng pasir," kata Ronnie.
Sementara itu juga, DAP menggesa Khir menamakan kumpulan samseng yang dimaksudkannya itu jika benar beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya..
"Berikan kami nama-nama samseng tersebut dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap kamu," kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

0 Komen pengunjong :