Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat hentikan penerbitan semua akhbar untuk sementara

Pakatan Rakyat memutuskan untuk menghentikan penerbitan semua parti komponennya ekoran ancaman yang berulangkali dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang mengeluarkan permit penerbitan mereka.
Ia diputuskan dalam mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan di Parlimen hari ini, di mana pemimpin tertingginya memutuskan untuk menangguhkan penerbitan, sementara menunggu satu pertemuan dengan pegawai KDN.

Akhbar rasmi parti komponen Pakatan -Harakah (PAS),Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) telah menerima surat tunjuk sebab dari KDN kerana didakwa melakukan pelbagai kesalaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka akan bekerjasama dengan mematuhi prosedur yang diperlukan dan garispanduan yang dikenakan.
"Buat sementara waktu, lidah rasmi parti sama ada Suara Keadilan,Harakah dan Roket ditangguhkan penerbitannya dan keputusan ini akan dikaji semula minggu depan bagi membolehkan kita bertemu Hishammuddin.
"Kami akan menjawab semua surat tunjuk sebab itu," kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.

Menurutnya, penerbitan semua akhbar rasmi parti-parti komponen Pakatan ditangguh hingga minggu depan sehingga keputusan dibuat selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri.
Sebelum ini, KDN menyatakan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk mengenai FELDA.

PAS turut menerima surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung permit yang tamat tempoh pada 7 Julai lalu, kelewatan menghantar salinan keluaran dan menjual akhbar kepada bukan ahli.

Sementara itu, DAP menerima dua surat tunjuk sebab bagi akhbar Roket edisi Bahasa Inggeris dan Cina yang tempoh permit penerbitannya masing-masing tamat pada 30 Jun lalu dan 30 November tahun lalu.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :